Maklumat Pesanan
Polisi Penghantaran
Berkuat kuasa: 30 Julai 2026
Ringkas: Pesanan diproses dalam 1–3 hari bekerja. Postage percuma seluruh Malaysia. COD hanya tersedia di Semenanjung Malaysia.
1. Pemprosesan pesanan
Pesanan akan diproses dalam tempoh 1–3 hari bekerja selepas maklumat pesanan dan bayaran, jika berkenaan, disahkan. Hari bekerja tidak termasuk cuti umum.
2. Tempoh penghantaran
- Semenanjung Malaysia: tempoh sebenar bergantung pada lokasi dan operasi kurier. Nombor penjejakan akan diberikan selepas pesanan dihantar.
- Sabah dan Sarawak: anggaran 3–4 hari bekerja selepas pesanan diserahkan kepada kurier.
Anggaran boleh berubah ketika musim jualan, cuti umum, cuaca buruk, gangguan kurier atau kawasan pedalaman.
3. Caj penghantaran dan COD
- Postage adalah percuma untuk pesanan dalam Malaysia.
- COD percuma hanya tersedia untuk alamat di Semenanjung Malaysia dan tertakluk liputan kurier.
- COD tidak tersedia untuk Sabah dan Sarawak. Pesanan perlu dibayar melalui online banking sebelum dihantar.
4. Alamat dan nombor telefon
Pelanggan bertanggungjawab memastikan nama, nombor telefon dan alamat adalah lengkap serta tepat. Kos penghantaran semula akibat alamat salah, penerima tidak dapat dihubungi atau pesanan COD ditolak boleh dikenakan kepada pelanggan.
5. Pesanan lewat atau tidak diterima
Jika status penjejakan tidak berubah atau pesanan belum diterima selepas tempoh munasabah, hubungi Admin dengan nombor pesanan dan nombor penjejakan. Kami akan membantu membuat semakan dengan pihak kurier.