Jaminan Pembelian

Polisi Pemulangan & Bayaran Balik

Berkuat kuasa: 30 Julai 2026

Ringkas: Jaminan ketidakpuasan hati terpakai untuk pembelian minimum 2 botol. Botol yang telah dibuka tidak boleh dipulangkan. Kos penghantaran balik ditanggung pelanggan.

1. Kelayakan tuntutan

Pelanggan boleh memohon semakan tuntutan jika produk dirasakan tidak memberikan hasil yang diharapkan selepas diamalkan mengikut arahan label.

  • Pembelian mestilah minimum 2 botol melalui saluran rasmi kami.
  • Nombor pesanan dan bukti pembelian perlu diberikan.
  • Permohonan tertakluk semakan Admin dan syarat dalam polisi ini.

2. Produk yang boleh dipulangkan

  • Botol yang telah dibuka, digunakan atau tidak mempunyai penutup keselamatan asal tidak boleh dipulangkan.
  • Hanya baki botol yang belum dibuka, masih berseal, lengkap dan dalam keadaan baik boleh dipulangkan.
  • Hadiah percuma hendaklah dipulangkan jika diminta ketika semakan tuntutan.

3. Cara membuat tuntutan

  1. Hubungi Admin melalui WhatsApp sebelum menghantar apa-apa barang.
  2. Berikan nombor pesanan, bukti pembelian, gambar produk dan sebab tuntutan.
  3. Tunggu pengesahan serta alamat pemulangan daripada Admin.
  4. Hantar produk menggunakan perkhidmatan yang mempunyai nombor penjejakan.

4. Kos pemulangan

Semua kos penghantaran balik ditanggung oleh pelanggan. Kami tidak bertanggungjawab terhadap barang pemulangan yang hilang atau rosak dalam perjalanan.

5. Pemeriksaan dan bayaran balik

Barang akan diperiksa selepas diterima. Jika tuntutan diluluskan, bayaran balik akan diproses dalam tempoh sehingga 7 hari bekerja selepas pemeriksaan selesai. Tempoh wang masuk ke akaun bergantung pada bank atau kaedah pembayaran pelanggan.

6. Tuntutan yang boleh ditolak

Tuntutan boleh ditolak jika produk telah dibuka, rosak akibat penyimpanan tidak sesuai, bukti pembelian tidak diberikan, barang dihantar tanpa kelulusan Admin atau syarat polisi tidak dipenuhi.

Mohon semakan tuntutan
WhatsApp: 014-563 0051
E-mel: admin@thequstalhindi.com